Projek Syirayuki menterjemah media hiburan (Jepun terutamanya) ke dalam Bahasa Melayu Malaysia.
ڤروجيک شيرايوکي منترجمه ميديا هيبورن (جڤون تراوتاماڽ) کدالم بهاس ملايو مليسيا.
Bila nak siap?
- Siap bila ada kesempatan.
Boleh tak kami nak guna terjemahan Syirayuki?
- Tiada masalah, buatlah apa sahaja dengannya dengan syarat ia tidak dijual semula. (Benda percuma mestilah kekal percuma)
Kenapa README ni nampak sama seperti satu kumpulan tu?
- Sebab mereka Supa Aidoru no egao yori mo ano hachigatsu mo gogo yori mo hiyaku go syerusyius to yori hikaru kimi e.
Kenapa Syirayuki dan bukan Shirayuki?
- Tiada gugusan sh di dalam kaedah Rumi bahasa Melayu Malaysia terkini. Hanya sy.
Tulisan Jawi dalam terjemahan Syirayuki nampak lain, mengapa?
-
Syirayuki akan menggunakan kaedah Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (EJYD) yang juga dikenali dengan Jawi Dewan, dengan semampunya. Tetapi ada beberapa kemas kini terbaru pada EJYD yang dirasakan bersalahan, maka ejaan Syirayuki akan dibuat penyimpangan.
Antara gaya penjawian Syirayuki:
- Mengekalkan Hamzah Tiga Suku
U+0674
- Menggunakan calit V
U+065A
sebagai pembeza - Tanda pepet menggunakan fathah beralun
U+08E4
/maddahU+0653
Adapun penggunaan tanda baca dalam Jawi, akan diguna bila perlu sahaja. Adalah kerana bagi mengelakkan kekeliruan memandangkan jawi bukanlah tulisan yang terbaik dalam membezakan huruf saksi (vokal), lagi-lagi kata nama khas atau ejaan asing yang memerlukan perbezaan padanya. - Mengekalkan Hamzah Tiga Suku
بيلا نق سياڤ؟
- سياڤ بيلا اد کسمڤتن.
بوليه تق کامي نق ݢونا ترجمهن شيرايوکي؟
- تياد مسئله⹁ بواتله اڤ سهاج دڠنڽ دڠن شرط اي تيدق دجوال سمولا. (بندا ڤرچوما مستيله ککل ڤرچوما)
کناڤ README ني نمڤق سام سڤرتي ساتو کومڤولن ايت؟
- سبب مريک سوڤا اءيدوٚرو نوٚ ايٚݢاءوٚ يوٚري موٚ انوٚ هاچيݢاتسو موٚ ݢوٚݢوٚ يوٚري موٚ هياکو ݢوٚ شيٚروسيوس توٚ يوٚري هيکارو کيمي حيٚ.
کنڤ Syirayuki دان بوکن Shirayuki؟
- تياد ݢوݢوسن sh ددالم قاعده رومي بهاس ملايو مليسيا ترکيني. هاڽ sy.
توليسن جاوي دالم ترجمهن شيرايوکي نمڤق لاٴين⹁ مڠاڤ؟
-
شيرايوکي اکن مڠݢوناکن قاعده ايجاٴن جاوي يڠ دسمڤورناکن (ا.ج.ي.د.) يڠ جوݢ دکنلي دڠن جاوي ديوان⹁ دڠن سممڤوڽ. تتاڤي اد ببراڤ کمس کيني تربارو ڤد ا.ج.ي.د. يڠ دراساکن برسالهن⹁ مک ايجاٴن شيرايوکي اکن دبوات ڤڽيمڤڠن.
انتارا ݢاي ڤنجاوين شيرايوکي:
- مڠکلکن همزة تيݢ سوکو
U+0674
- مڠݢوناکن چاليت V
U+065A
سباݢاي ڤمبيذا - تندا ڤڤت مڠݢوناکن فتحة برالون
U+08E4
/مدَّةU+0653
اداڤون ڤڠݢوناٴن تندا باچ دالم جاوي⹁ اکن دݢونا بيلا ڤرلو سهاج. اداله کران باݢي مڠيلقکن ککليروان ممندڠکن جاوي بوکنله توليسن يڠ ترباٴيق دالم ممبيذاکن حروف سقسي (ۏوکل)⹁ لاݢي٢ کات نام خاس اتاو ايجاٴن اسيڠ يڠ ممرلوکن ڤربيذاٴن ڤاداڽ.
- مڠکلکن همزة تيݢ سوکو